Hotline
010-8848435 · 07-5204562
Identiti Digital Murid

Satu kad,
pelbagai kegunaan

" Satu imbasan, seribu manfaat "

Kad SkoolBeez ialah kad pintar berasaskan QR yang berfungsi sebagai identiti digital murid dan medium utama interaksi dalam sistem SkoolBeez.

Kad SkoolBeez pada pelbagai peranti
Identiti Digital
Unik bagi setiap murid
Berasaskan QR
Imbas dan rekod automatik
Pelbagai Modul
PSS, kokurikulum & lebih
Sekat Kad Hilang
Oleh murid sendiri
Kelebihan

6 Kelebihan Kad SkoolBeez

Kad pintar yang direka untuk memudahkan kehidupan di sekolah dengan teknologi moden dan selamat.

Identiti Digital Sekolah

Setiap kad adalah unik dan berkait terus dengan akaun murid — ibarat kad pengenalan rasmi dalam sistem SkoolBeez.

Rekod Aktiviti Automatik

Setiap imbasan direkod terus ke sistem — dari kehadiran sekolah, program & aktiviti hinggalah peminjaman buku.

Kurangkan Kaedah Manual

Tiada lagi catatan dalam kertas atau buku log — semua digital, tersusun dan telus untuk semua pihak.

Pusat Akses Pelbagai Modul

Digunakan dalam hampir semua modul seperti PSS, Kokurikulum, Kitar Semula, Koopmart & Kafemart.

Keselamatan Terjamin

Kad yang hilang boleh disekat serta-merta oleh murid sendiri. Kad gantian dijana semula oleh Admin Sekolah.

Galakkan Penglibatan Murid

Murid lebih bertanggungjawab apabila setiap interaksi direkod secara sah dan telus dalam sistem.

Pilihan Percetakan

Tiga cara untuk dapatkan Kad SkoolBeez

Pilih kaedah yang paling sesuai mengikut keperluan dan bajet sekolah.

Cetak Sendiri (DIY)
1

Cetak Sendiri (DIY)

Sekolah mencetak sendiri kad murid dan turut membekalkan lanyard serta pemegang kad (card holder) kepada semua murid.

Hantar ke Percetakan Luar
2

Hantar ke Percetakan Luar

Sekolah muat turun fail PDF kad dan hantar ke kedai percetakan pilihan sendiri. Lanyard dan card holder perlu disediakan oleh sekolah.

Cetakan oleh SkoolBeez
3

Cetakan oleh SkoolBeez

Tempah melalui kami dengan kualiti cetakan premium, lengkap bersama lanyard dan pemegang kad.

Dapatkan Sebut Harga
Kenapa?

Kenapa sekolah perlu guna Kad SkoolBeez?

Kad SkoolBeez memudahkan pelbagai operasi harian sekolah secara automatik dan berselaras — satu kad berfungsi di semua modul.

Mempercepatkan proses kehadiran dan semakan murid

Mengurangkan kerja manual guru dalam pelaporan

Menggalakkan murid lebih aktif dan bertanggungjawab

Menjadikan data sekolah lebih tersusun dan mudah dianalisis

Soalan Lazim

Soalan Lazim Kad SkoolBeez

Kad SkoolBeez ialah kad pengenalan digital yang digunakan oleh murid dalam pelbagai modul dan subsistem SkoolBeez seperti kehadiran sekolah, PSS, aktiviti kokurikulum, Koopmart dan Kafemart.

Murid boleh melaporkan kehilangan kad melalui aplikasi SkoolBeez. Kad tersebut akan disekat serta-merta bagi mengelakkan penyalahgunaan. Kad baharu boleh dijana oleh Guru Kelas atau Admin Sekolah.

Ya, kad ini menyokong penggunaan dalam hampir semua modul seperti Kehadiran Sekolah, PSS, NILAM, Kokurikulum, Kitar Semula, Koopmart, dan Kafemart.

Tidak wajib. Sekolah boleh memilih untuk mencetak sendiri, menghantar ke percetakan luar, atau mendapatkan perkhidmatan cetakan premium dari pihak SkoolBeez.

Pihak sekolah boleh memuat turun fail PDF yang mengandungi semua Kad SkoolBeez murid dan mencetaknya secara dalaman. Sekolah juga perlu menyediakan lanyard dan pemegang kad sendiri.

Tempoh siap bergantung kepada jumlah murid dan lokasi penghantaran, tetapi biasanya dalam 5 hingga 10 hari bekerja selepas pengesahan maklumat murid.

Jadikan setiap murid sebahagian
daripada ekosistem digital!

Dengan Kad SkoolBeez, setiap imbasan membuka peluang untuk pemantauan, pembelajaran dan pembangunan murid yang lebih efektif.

Berasaskan QR
Selamat & Telus
Pelbagai Modul
3 Pilihan Cetakan