Terma Penggunaan
Syarat dan peraturan penggunaan platform SkoolBeez
Versi Terkini: Mac 2026
1 Pengenalan
Terma ini menetapkan syarat-syarat penggunaan sistem SkoolBeez dan semua subsistemnya. Dengan mengakses atau menggunakan SkoolBeez, anda dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma ini.
Tujuan utama terma ini adalah untuk menjelaskan tanggungjawab pengguna, melindungi data dan hak semua pihak, serta menentukan sempadan penggunaan yang dibenarkan.
2 Skop Terpakai
Terma ini terpakai kepada semua pengguna SkoolBeez termasuk murid, guru, pentadbir sekolah, dan pihak berkaitan yang diberi akses melalui portal web, aplikasi mudah alih, atau sistem integrasi rasmi. Ia meliputi hak dan tanggungjawab pengguna serta pemprosesan data peribadi yang minimum.
3 Akses dan Akaun Pengguna
Akaun pengguna diberikan berdasarkan peranan masing-masing di sekolah dan mesti digunakan secara sah dan bertanggungjawab.
- Pengguna bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan akaun SkoolBeez mereka.
- SkoolBeez tidak menyimpan atau memproses kata laluan DELIMa pengguna.
- Semua aktiviti yang dilakukan melalui akaun tersebut adalah tanggungjawab pengguna.
- SkoolBeez berhak menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar terma.
4 Data Peribadi yang Dikumpul
SkoolBeez hanya mengumpul data asas yang diperlukan untuk fungsi sistem. Tiada maklumat sensitif seperti nombor IC atau nombor telefon murid disimpan. Data untuk Murid: nama penuh, ID DELIMa, kelas, sekolah. Untuk Guru: nama penuh, ID DELIMa. Untuk Pentadbir/GPM: nama penuh, ID DELIMa, nombor telefon bimbit. Untuk Ibu Bapa/Penjaga: nama penuh, nombor telefon bimbit, ID DELIMa anak (untuk pautan akaun).
4b Terma Khusus Ibu Bapa / Penjaga
Ibu bapa dan penjaga yang mendaftar akaun SkoolBeez Parent bersetuju bahawa:
- Penggunaan SkoolBeez Parent adalah percuma sepenuhnya.
- Akaun ibu bapa hanya memberikan akses kepada rekod anak mereka sahaja.
- Sebarang aduan hendaklah dikemukakan terus kepada Bit Extreme Infotech Sdn Bhd. JPN dan KPM bukan saluran aduan bagi perkhidmatan SkoolBeez.
- Ibu bapa boleh memohon penutupan akaun mereka pada bila-bila masa.
5 Tanggungjawab Pengguna
Pengguna dikehendaki menggunakan sistem secara beretika. Pengguna tidak dibenarkan untuk:
- Mengakses atau mengubah data yang bukan milik mereka.
- Memuat naik kandungan berunsur fitnah, lucah, atau menghasut.
- Mengganggu operasi sistem melalui penggodaman atau penggunaan skrip automatik.
6 Hak dan Kuasa SkoolBeez
SkoolBeez boleh menambah, mengubah atau membuang fungsi sistem dari semasa ke semasa, menyekat pengguna yang melanggar peraturan, dan menjalankan penyelenggaraan atau naik taraf sistem tanpa notis awal.
7 Kandungan dan Pemilikan Intelek
Segala kod sistem, antara muka, reka bentuk, logo, dan dokumen adalah hak milik eksklusif Bit Extreme Infotech Sdn Bhd. Pengguna tidak dibenarkan menyalin, mengedar atau mengubah bahan-bahan sistem, menggunakan logo atau nama SkoolBeez tanpa izin rasmi, atau menuntut hak ke atas kandungan atau sistem.
8 Sekatan dan Penamatan Akses
SkoolBeez mempunyai hak mutlak untuk menyekat atau menamatkan akses pengguna yang gagal mematuhi terma ini, menyalahgunakan akaun atau data, melanggar undang-undang atau etika penggunaan, atau jika diminta oleh pihak berkuasa sah.
9 Jaminan dan Had Tanggungan
SkoolBeez disediakan "seadanya" tanpa sebarang jaminan eksplisit. Model perniagaan SkoolBeez adalah langganan institusi (B2B). Ibu bapa, murid, dan guru tidak dikenakan sebarang caj. JPN dan KPM tidak terlibat dalam sebarang perjanjian komersial berkaitan SkoolBeez.
10 Perubahan Terma
Terma ini boleh diubah suai pada bila-bila masa. Notis akan diberikan melalui laman web atau sistem, dan tarikh kemaskini akan dipaparkan dengan jelas.
11 Undang-Undang yang Diguna Pakai
Undang-Undang Malaysia
Bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia
12 Hubungi Kami
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Terma Penggunaan ini, sila hubungi kami:
Bit Extreme Infotech Sdn Bhd
TG-F-07, UTM-MTDC Technology Centre II,
Universiti Teknologi Malaysia,
81300 Skudai, Johor Bahru.